ღ B E R D A M A I ღ
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dah berbaik aku dengan semua sahabat sahabat dan lelaki aku :') Aku terasa bahagia dan tenang semua dah settle. Bukan senang tahu nak selesaikan masalah kalau kita tak menjadi berani.
Mula-mula aku tweet tweet ayat tentang sahabat and then aku ternampak tweet diela yang mengatakan "
Nak tegur eryn but takut dia dah taklayan aku. Hmm! " " Dia kan dah ada kawan baru. Maybe aku dah tak penting bagi dia " memang aku terus angin lah bila jumpa ayat dia macam ini. Mana tak anginnya, dia boleh fikir yang bukan bukan terhadap aku. Itu ke di nama kan sahabat? Kalau sahabat mesti fikir positif dekat sahabatnya sendiri. Dari situ lah aku ambil aku terpaksa jujur dengan dia. Aku cerita hal sebenar aku dekat dia. Aku ingat pendam itu lebih baik, tapi ia mendatangkan masalah jugak.
Niat aku cuba nak bantu fatin untuk isi borang kolej Vokasional. Dia tak ada lappy or komputer di rumah. Tapi dia teringin nak masuk kolej vokasional untuk melanjutkan pelajarannya menjadi seorang pembuat kek dan memasak. dari situ aku kasihankan dia lalu menolong dia. Selepas aku menolong dia isi borang, aku malas nak hantar fatin balik kerana aku nak singgah rumah amirah sekejap untuk bertanya tentang kerja itu. Salah ke aku buat semua itu? sampaikan diela boleh saja lepak dengan kawan lama dia. Hmm aku sedar yang aku tak dapat nak bahagiakan dia. FGFY sering melukakan hati dia, FGFY tak memahami dia. FGFY sayang kau diela! Tolong lah hargai kasih sayang kita orang. Semua manusia berbeza orangnya diela. Mimi, Qieda dan aku sedaya upaya untuk buat yang terbaik untuk hubungan persahabatan kita.
Jangan sebab satu hal saja kita nak lari dari masalah sampai nak pindah sekolah semua itu. Itu semua bukan jalan penyelesaian, jalan penyelesaian adalah kita kena berani berhadapan dengan risiko. Kita kena kuat. yeay! kuat tahu kuat.
Aku berharap selepas ini tiada bertekak lagi. Buang air keruh, ambil air jenih :) FGFY bahagia selama-lamanya :D Soal cemburu itu? Kita cuba kurangkan cemburunya. kalau ada perasaan cemburu itu datang kita cuba kawal. InshaAllah lama-lama oukey. Jangan nak terus marah-marah saja.
Friday, November 29, 2013 // 12:00 PM